22 Februari 2017 - 19:21
Pyongyang Desak KL Bebaskan 3 Suspek Bunuh Jong Nam

Kedutaan Korea Utara di Malaysia hari ini berkata 3 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam sepatutnya dibebaskan serta-merta.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kedutaan Korea Utara di Malaysia hari ini berkata 3 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam sepatutnya dibebaskan serta-merta.

Dua wanita, masing-masing dari Vietnam dan Indonesia serta seorang lelaki warga Korea Utara “ditahan secara tidak munasabah”, kata kedutaan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di lapangan terbang klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong Nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

Polis Malaysia hari ini berkata seorang pegawai kanan Kedutaan Korea Utara dan seorang staf syarikat penerbangan Korea Utara turut dikehendaki untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Jong Jam. -Reuters